|
Prosedur yang perlu diikut untuk Pemohon Peti Pungutan
Sekiranya anda menepati salah satu daripada kriteria yang disebut, anda layak menggunakan Peti Pungutan. Sila ikut prosedur dibawah untuk menyerahkan permohonan anda:

Bayar yuran permohonan. Melainkan mendapat pengecualian, semua pemohon, termasuk kanak-kanak, perlu membayar yuran permohonan sebanyak USD 140 (dibayar dalam RM480) untuk permohonan visa pelancong atau perniagaan (B1/B2, USD150 (dibayar dalam RM510) untuk visa bekerja (H, L, O, P, Q atau R) atau USD390 bagi visa jenis E beserta dengan caj perkhimatan VFS sebanyak RM 37 melalui Alliance Bank. Yuran permohonan ini tidak akan dibayar balik. Sila bawa salinan fotokopi paspot anda (mukasurat pertama and akhir) untuk mendapat resit pembayaran.

Dapatkan gambar yang boleh dimuat naik dan menepati spesifikasi borang
Lengkapkan borang DS-160 secara online. Sila jawab semua soalan dengan lengkap
sebelum ‘submit’ kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
Cetak pengesahan borang DS-160 selepas dilengkapkan dengan menggunakan laser printer. Selepas mencetaknya, sila hantar salinannya ke email anda. Fail tersebut adalah dalam format PDF jadi anda memerlukan Adobe Acrobat pada computer anda untuk membuka fail tersebut.
Sila hadir di VFS Application Centre untuk menyerahkan dokumen
dibawah:
-
Paspot anda yang terbaru dan lama
-
Resit bayaran Alliance Bank
-
Salinan pengesahan CEAC bersama dengan sekeping gambar yang terbaru (diambil
dalam masa 6 bulan dahulu)
-
Dokumen sokongan seperti yang diperlukan mengikut klasifikasi Visa anda.
Nota: Kanak-kanak yang memohon sebarang visa bukan imigran, melainkan dokumen
sokongan di atas, juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut:
-
Paspot asal kedua-dua ibubapa bersama-sama dengan U.S. Visa mereka
beserta
salinannya
-
Salinan asal sijil kelahiran kanak-kanak beserta salinannya
-
Surat dari ibubapa menyatakan tujuan perjalanan kanak-kanak dan siapa akan
menemani kanak-kanak tersebut.
-
Surat pengesahan majikan dan/atau dokumen sokongan lain untuk salah seorang ibu
bapa.
Pemohon yang memohon di bawah kategori '80 dan keatas' juga perlu melampirkan
dokumen sokongan berikut, tambahan kepada dokumen sokongan yang sedia ada.

Serahkan pakej permohonan anda di Visa Application Center.
Sekiranya anda menyerahkan pakej permohonan anda sebelum 12:30 , anda boleh
mengambil semula paspot anda pada hari bekerja berikutnya di antara 15:00 dan
16:00 , sekiranya anda menyerahkan pakej permohonan di antara 13.30 Jam to
15.00 anda hanya boleh datang dan mengambil paspot anda 2 hari selepas tarikh
penyerahan.
|