Home
Visa Forms
Emergency Appointment
Modify / Download
Reschedule Appointment
Cancel Appointment
Visas for Children
Dropbox
Diplomatic & Government Officials
Fees
Types of Visa Classes
Visa Waiver Program
Photo Specifications
Refusal / Hold
FAQs
Useful Links
Contact Us
Holiday List
Security Regulations
Locations
Bahasa
 

Temujanji Kecemasan

Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan yang tidak dirancang seperti salah satu dari kriteria dibawah, anda mungkin layak untuk mendapat ruang temujanji kecemasan tanpa mengikut giliran:

A) Untuk mendapat penjagaan perubatan kecemasan, atau untuk menemani ahli keluarga atau majikan untuk mendapat penjagaan perubatan kecemasan.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat pengesahan dari doktor di Malaysia yang menerangkan tahap perubatan, seperti keutamaan untuk membuat perjalanan dan pengesahan bahawa penjagaan perubatan yang diperlukan tidak ada di Malaysia.
  2. Surat dari doktor atau hospital di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk mengambil kes ini dan memberi kos anggaran untuk rawatan tersebut.
  3. Bukti menunjukkan keupayaan anda untuk membayar perbelanjaan rawatan tersebut.

B) Untuk menghadiri pengebumian ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, abang, kakak, anak, datuk, nenek atau cucu)

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat daripada pengarah pengebumian yang menyatakan maklumat hubungan dan butiran mengenai si mati dan tarikh pengebumian.
  2. Bukti yang menunjukkan si mati adalah ahli keluarga terdekat.

C) Untuk menghadiri urusan perniagaan yang penting dimana keperluan perjalanan tidak dapat dirancang terlebih dahulu.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat jemputan dari syarikat yang berkenaan di Amerika Syarikat yang mengakui akan kepentingan perjalanan tersebut, menerangkan jenis perniagaan dan bahawa mana-mana syarikat di Amerika Syarikat dan Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya tidak berjaya mendapat temujanji kecemasan ini.
  2. Bukti yang menunjukkan keperluan program latihan di Amerika Syarikat selama 3 bulan atau kurang, termasuk surat pengesahan dari kedua-dua pihak iaitu majikan di Malaysia dan syarikat Amerika Syarikat yang menganjurkan program latihan.
  3. Kontrak, surat kredit dan/atau dokumen lain yang menunjukkan hubungan perniagaan dan keperluan penting untuk membuat perjalanan.

D) Pegawai Kerajaan: yang telah dihantar oleh Kementerian pada saat akhir sebagai menggantikan pegawai lain; atau sebagai tambahan kepada delegasi rasmi kerajaan; atau pegawai yang telah pergi ke luar negara atas urusan lain yang menyebabkan beliau tidak dapat menggunakan kemudahan peti pungutan atas sebab waktu penggunaannya yang memerlukan sekurang-kuarangnya 2-3 hari bekerja:

Dokumen yang diperlukan:

  1. surat rasmi daripada Kementerian Luar Negeri yang menyatakan bahawa perjalan tersebut adalah di atas urusan rasmi kerajaan dan bukan untuk tujuan peribadi
  2. surat rasmi daripada agensi yang membiayai kerajaan berkenaan dengan tugas tersebut dan menyatakan penyertaan pemohon di dalam surat tersebut
  3. jika diperlukan, surat jemputan or penerangan mengenai persidangan/trade show/missiom daripada pembiaya dari U.S atau rakan kongsi.
Continue Top | Back