Home
Visa Forms
Emergency Appointment
Modify / Download
Reschedule Appointment
Cancel Appointment
Visas for Children
Dropbox
Diplomatic & Government Officials
Fees
Types of Visa Classes
Visa Waiver Program
Photo Specifications
Refusal / Hold
FAQs
Useful Links
Contact Us
Holiday List
Security Regulations
Locations
Bahasa
 

Prosedur:

Untuk menjadualkan Temujanji Kecemasan:



Bayar yuran permohonan. Melainkan mendapat pengecualian, semua pemohon, termasuk kanak-kanak, perlu membayar yuran permohonan sebanyak USD 140 (dibayar dalam RM480) untuk permohonan visa pelancong atau perniagaan (B1/B2, USD150 (dibayar dalam RM510) untuk visa bekerja (H, L, O, P, Q atau R) atau USD390 bagi visa jenis E beserta dengan caj perkhimatan VFS sebanyak RM 37 melalui Alliance Bank. Yuran permohonan ini tidak akan dibayar balik. Sila bawa salinan fotokopi paspot anda (mukasurat pertama and akhir) untuk mendapat resit pembayaran.

Dapatkan gambar yang boleh dimuat naik dan menepati spesifikasi borang

Lengkapkan borang DS-160 secara online. Sila jawab semua soalan dengan lengkap sebelum ‘submit’ kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

Cetak pengesahan borang DS-160 selepas dilengkapkan dengan menggunakan laser printer. Selepas mencetaknya, sila hantar salinannya ke email anda. Fail tersebut adalah dalam format PDF jadi anda memerlukan Adobe Acrobat pada computer anda untuk membuka fail tersebut.



Selepas membuat pembayaran yuran, kembali ke laman web ini dan klik pada pautan Earliest Available Appointment untuk menyemak kesesuaian temujanji. Anda dinasihatkan untuk menjadualkan temujanji temuduga melalui laman web ini sekiranya ada tarikh yang menepati rancangan perjalanan anda. Jangan membuat permohonan untuk temujanji kecemasan jika terdapat ruang untuk temujanji pada hari bekerja berikutnya.



Jika tiada sebarang temujanji temuduga dalam waktu yang terdekat, sila hadir di VFS application centre, bawa bersama paspot anda, kod pengesahan CEAC sekeping gambar terbaru (diambil dalam masa tidak lebih dari 6 bulan terdahulu), resit yuran Alliance Bank dan lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan sebagai bukti kecemasan. VFS akan memberi anda surat temujanji temuduga kecemasan. Nota : Temujanji Temuduga Kecemasan bergantung kepada keadaan. Pemohon yang mempunyai bukti dokumen yang tidak mencukupi untuk membuktikan keperluan kecemasan akan diberitahu untuk menjadualkan temuduga biasa melalui laman web.



Sila hadir di U.S. Embassy pada tarikh dan masa temujanji untuk temuduga visa. Sila bawa bersama salinan cetakan surat temujanji, borang permohonan visa, sekeping recent photograph (diambil dalam masa 6 bulan dahulu), paspot terbaru dan lama serta salinan asal resit yuran Alliance Bank. Permohonan yang tidak mempunyai kesemua lampiran diatas dan salinan asal resit yuran Alliance Bank atau dengan gambar yang salah TIDAK AKAN diterima

Back